Singgah sebentar
Tuesday, January 27, 2015
Monday, December 23, 2013
Mesyuarat Kurikulum Pertama 2014
Salam. Lama tak update blog ini. Kali ini saja nak kongsi suasana mesyuarat kurikulum kali pertama 2014.
Bayak info dan maklumat yang dikemaskini. Ini sebagai ingatan pada guru guru juga. Kebanyakan sekolah akan bermesyuarat pada minggu ini
Thursday, November 7, 2013
Sambutan Majlis Anugerah dan Graduasi
Salam
Semalam telah diadakan satu Majlis Anugerah dan Graduasi bagi murid SK Kampung Muhibbah bagi meraikan murid-murid yang telah berjaya dalam akademik dan Kokurikulum serta murid tahun 6.
Semoga murid-murid SKKM akan terus berusaha pada masa akan datang.
Friday, August 30, 2013
Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya SKKM
Pada hari Jumaat yang lepas SK Kampung Muhibbah mengadakan sambutan Ambang Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya. Memang meriah lauk lauk dan hidangan yang disediakan untuk guru. Harap lepas ini akan diadakan juga makanan untuk murid yag istimewa...
Tuesday, July 30, 2013
Jumpa doktor pakar kesihatan LINUS
Salam.
Hari ini saya membawa Mohamad Firdaus ke Klinik Kesihatan Padang Rengas untuk bertemu dengan Doktor Pakar Pn. Norhayati. Terima kasih doktor kerana sudi meluangkan masa dan banyak yang saya pelajari dari doktor berkenaan dengan murid yang mempunyai ciri ciri berkeperluan khas
Monday, April 22, 2013
Modul Protim Edisi terkini
![]() |
| MODUL PROTIM |
Wednesday, April 10, 2013
Entri pertama SK Kg. Muhibbah
Hari ini nak cerita pasal murid Kelas Jaya. Sepatutnya cerita mengenai hari pertama sekolah disini namun dah sebulan baru nak buat entri. Cerita hari pertama pun dah basi.
Disini tak sama cara pentadbiran di Selangor. Maklumlah , Perak menuju kecemerlangan. Jadi usaha pun kena berlipat kali ganda la. Tiap tiap hari balik lewat. Dah macam kerja waktu pejabat.
Disini saya letakkan gambar aktiviti yang sempat saya rakamkan bagi murid saya. Jom lihat.




