my nuffnang

Singgah sebentar

Thursday, December 26, 2013

Simpanan asas KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas, yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun, berkuat kuasa bulan depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam, yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun.

Beliau berkata, ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.

"Dengan mengambil kira faktor kos hidup yang semakin meningkat, jangka hayat rakyat Malaysia yang panjang serta kadar inflasi, KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Affendi berkata Simpanan Asas semasa ialah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan.

Selain itu, katanya, statistik KWSP menunjukkan 71 peratus ahli bersara pada umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.

Nik Affendi berkata, kadar yang disemak semula ini memerlukan ahli mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP bagi membolehkan mereka layak menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP di mana simpanan mereka boleh dilaburkan dalam unit amanah.

"Ini untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang mencukupi dalam akaun KWSP apabila mereka bersara bagi membiayai keperluan asas persaraan sebelum boleh memilih untuk melabur dalam pelaburan lain," katanya.

Beliau berkata, antara inisiatif yang diperkenal KWSP untuk mempertingkat simpanan persaraan ahli ialah kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus untuk pekerja yang bergaji RM5,000 dan ke bawah.

"Selain itu, kadar caruman penuh KWSP untuk pekerja sehingga umur 60 tahun dan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun yang membenarkan ahli untuk memanjangkan simpanan KWSP mereka bagi tempoh yang lama," katanya.

Bagi membantu ahli merancang persaraan mereka, Nik Affendi berkata KWSP akan memperkenal perkhidmatan penasihat kewangan kepada ahli mulai tahun depan dengan projek perintis di Lembah Klang sebelum diperluas ke seluruh negara dalam tempoh tiga tahun. - Bernama

Monday, December 23, 2013

Mesyuarat Kurikulum Pertama 2014

Salam. Lama tak update blog ini. Kali ini saja nak kongsi suasana mesyuarat kurikulum kali pertama 2014.

Bayak info dan maklumat yang dikemaskini.  Ini sebagai ingatan pada guru guru juga. Kebanyakan sekolah akan bermesyuarat pada minggu ini



Monday, November 25, 2013

Semakan Pertukaran Guru Januari 2014

http://apps.moe.gov.my/epgo/

Sila klik disini untuk keputusan pertukaran guru yang bermula pada hari ini 25hb November 2013 jam 9.00 malam. Semoga anda mendapat berita gembira dan bagi yang tidak berjaya, yakinlah bahawa Allah s.w.t memberi yang terbaik untuk anda.


Tuesday, November 19, 2013

PBS akan diteruskan dengan penambahbaikan

Kementerian gesa henti polemik dasar PBS

Kota Belud: Kementerian Pendidikan meminta semua pihak menghentikan polemik berhubung dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ia dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk orang ramai.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata walaupun wujud kelemahan terutama berkaitan sistem serta penyimpanan data, ia dapat menilai pelajar dari segi kokurikulum, rohani, peperiksaan dan aspek lain seperti dimahukan pelbagai pihak selepas sistem sebelum ini hanya menilai dari sudut peperiksaan. 
“Janganlah kita tolak PBS ini hanya kerana ada masalah dari segi pelaksanaannya, sedangkan ia mampu menilai pelajar dengan baik, bukan hanya berdasarkan kepada peperiksaan semata-mata, tetapi meliputi pelbagai aspek. 

"Kementerian akan melakukan tiga penambah-baikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu”
- Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II

Penambahbaikan

“Sehubungan itu, kita akan teruskan dasar ini dan membuat pelbagai penambahbaikan yang akan memudahkan tugas guru dalam mengisi segala maklumat serta markah pelajar,” katanya pada sidang media selepas menutup Program Kem Perpaduan 1Malaysia peringkat kebangsaan di Kampung Rampayan, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip.

Pelaksanaan PBS ketika ini mendapat pelbagai reaksi, terutama daripada kesatuan guru yang mahu ia dikaji semula serta dimansuhkan kerana didakwa menyukarkan serta membebankan guru. 

Mengulas lanjut, Idris berkata, kementerian akan melakukan tiga penambahbaikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu, termasuk menginterasikan modul kepada satu modul tunggal.

“Kita juga akan memperkenalkan ‘cache’ yang akan melindungi rekod dibuat guru, sekiranya berlaku masalah seperti gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan semua data dikumpulkan hilang begitu saja.

“Kementerian juga akan meningkatkan server dan jalur lebar bagi menambah akses kepada guru yang mahu memasukkan data seperti markah murid, ini semua bagi melancarkan pelaksanaan PBS,” katanya.

Sementara itu, Idris berkata, penganjuran Program Kem Perpaduan 1Malaysia akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

“Sekarang ia hanya dibuat di peringkat kebangsaan saja dan selepas ini akan dikembangkan ke peringkat negeri serta daerah,” katanya.


Sumber: Berita Harian (19 November 2013)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KementeriangesahentipolemikdasarPBS/Article
Credit to buletin KPM

Thursday, November 7, 2013

Sambutan Majlis Anugerah dan Graduasi

Salam

Semalam telah diadakan satu Majlis Anugerah dan Graduasi bagi murid SK Kampung Muhibbah bagi meraikan murid-murid yang telah berjaya dalam akademik dan Kokurikulum serta murid tahun 6.

Semoga murid-murid SKKM akan terus berusaha pada masa akan datang.

Thursday, September 26, 2013

Perkhemahan Badan Beruniform 2013

Salam. Hari ini saya rasa penat sangat. Esok dah mula perkhemahan badan beruniform SKKM. Sebagai Kem Kom , menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan perjalanan perkhemahan ini berjaya.

Hari inj sibuk cari kayu api ,gajet, memeriksa khemah dan membuat percubaan ikhtiar hidup.

Friday, August 30, 2013

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya SKKM

Pada hari Jumaat yang lepas SK Kampung Muhibbah mengadakan sambutan Ambang Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya. Memang meriah lauk lauk dan hidangan yang disediakan untuk guru.  Harap lepas ini akan diadakan juga makanan untuk murid yag istimewa...

Thursday, August 1, 2013

Persiapan pertandingan robotik

Sekarang cikgu Rokani sedang menyiapkan program bagi pertandingan robotik yang akan diadakan  selepas Hari Raya Aidilfitri.

Tuesday, July 30, 2013

Jumpa doktor pakar kesihatan LINUS

Salam.

Hari ini saya membawa Mohamad Firdaus ke Klinik Kesihatan Padang Rengas untuk bertemu dengan Doktor Pakar Pn. Norhayati. Terima kasih doktor kerana sudi meluangkan masa dan banyak yang saya pelajari dari doktor berkenaan dengan murid yang mempunyai ciri ciri berkeperluan khas

Thursday, July 4, 2013

Wednesday, July 3, 2013

Raptai Sukan 2013

Minggu ini penuh dengan aktiviti dan persiapan guru- guru dan murid- murid bagi Kejohanan Balapan dan Padang 2013 di SK Kg. Muhibbah Sungai Siput. Kejohanan tersebut akan diadakan pada hari Khamis jam 7.40 pagi. Sebelum itu,  raptai bagi kejohanan telah diadakan pada sebelah pagi hari Selasa dan Rabu.

Monday, June 24, 2013

Lagu Tradisional Kanak-Kanak

Salam sahabat, teman , kawan-kawan dan blogger sekalian. Cuaca jerubu yang semakin teruk tidak sepatutnya melemahkan semangat kita untuk mengajar. Kali ini saya ingin berkongsi laman web yang saya jumpa semasa bersusah payah mencari lagu-lagu kanak untuk pengajaran dan pembelajaran. Khas untuk kelas pemulihan.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan bahan-bahan tersebut dan ia boleh dimuat turun di laman BTP-Audio (sistem pengurusan pembelajaran)

Wednesday, May 15, 2013

Hari Guru 2013

Setiap tahun pada 16 Mei guru-guru di Malaysia akan menyambut Sambutan Hari Guru. Ia sebagai mengenang jasa pendidik diseluruh dunia khususnya Malaysia kerana menyumbang ilmu dan mendidik anak-anak Malaysia agar menjadi orang yang berilmu dan menjadi khalifah dimuka bumi bertuah ini.
Tema Sambutan Guru 2013 adalah

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA


Saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru-guru di dunia dan terima kasih kepada cikgu - cikgu saya kerana mendidik saya. Mohon maaf jika saya terlalu nakal. Hehehehe

Saturday, May 11, 2013

Kem ibadah di Infoternak Sungai Siput

Hari ini program Kem Ibadah anjuran Panitia Pendidikan Islam dijalankan di Infoternak Sungai Siput Perak. Ianya bermula jam 3 ptg sehingga 10 pagi Sabtu.
Antara acara yang dijalankan adalah ice breaking, riadah, tazkirah, LDK dan Qiamullail.  Jkm lihat aktiviti yang sempat saya rakamkan

Monday, April 22, 2013

Modul Protim Edisi terkini

Bersama-sama ini saya kongsikan bahan yang saya terima dari PPD Kuala Kangsar iaitu Modul Protim bagi Matematik. Bahan ini ada pelbagai soalan latih tubi yang sesuai untuk murid tahap 2.

MODUL PROTIM

Wednesday, April 10, 2013

Entri pertama SK Kg. Muhibbah

Salam pembaca...salam 1 Malaysia Salam Amanjaya. Aaahhhh mentang-mentang dok Perak, teman kena ucapkan Salam Amanjaya.... Hahahaha teman dah tak de nak sembang ko aku.... Teman sembang ngan mike je...hehehe

Hari ini nak cerita pasal murid Kelas Jaya. Sepatutnya cerita mengenai hari pertama sekolah disini namun dah sebulan baru nak buat entri. Cerita hari pertama pun dah basi.

Disini tak sama cara pentadbiran di Selangor. Maklumlah , Perak menuju kecemerlangan. Jadi usaha pun kena berlipat kali ganda la. Tiap tiap hari balik lewat. Dah macam kerja waktu pejabat.

Disini saya letakkan gambar aktiviti yang sempat saya rakamkan bagi murid saya. Jom lihat.