my nuffnang

Singgah sebentar

Saturday, December 31, 2011

Blog lama ke blog baru

Salam... saya minta maaf kepada semua rakan blogger saya sebab saya telah menukar domain saya tanpa memberitahu. Ini adalah blog baru saya iaitu http://www.ceritadqimie.com

Friday, December 9, 2011

Tempoh 15 hari untuk pilih SBPA atau kekal dalam SSM – Metro

PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.

“Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.

“Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.

Wednesday, November 9, 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011



Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
9 November 2011
http://www.moe.gov.my

Tuesday, October 25, 2011

Dasar Pelaksanaan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Sebagai maklumat tambahan saya sertakan risalah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional memandangkan ia berkait rapat dengan kita.

Sebagai makluman Standard Kurikulum Sekolah Menengah akan dilaksanakan pada 2014. Pendidikan Asas Vokasional pula dilaksanakan pada 2012 dan ini menggantikan Kemahiran Hidup Bersepadu.


Disini saya juga mendapat maklumat bahawa akan diwujudkan Kolej Vokasional pada 2012 sebanyak 15 buah. Bagi murid yang lemah dalam akademik, ini adalah pilihan terbaik untuk mereka menjadi pekerja mahir pada masa akan datang..

KLIK DISINI

Dasar Pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Salam

Harap bahan ini dapat memberi gambaran dengan jelas mengenai  Dasar Pelaksanaan  Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) walaupun dalam Bahasa Inggeris ;)

Klik disini

Dasar Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Salam

Disini saya sertakan bahan bagi menambah pengetahuan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Sedikit info yang ingin saya kongsikan, bahawa mulai 2011 , murid tahun 1 tidak akan diukur melalui angka didalam kelas dan keseluruhan namun akan diukur berdasakan band. Saya dimaklumkan bahawa paling minima murid perlu mendapat band 3.

Sila klik disini

Dasar Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan

Klik disini


Salam

Disini saya sertakan bersama-sama risalah berkenaan pelaksanaan 1Murid 1 Sukan.

Sebagai makluman dari taklimat ianya adalah satu proses ' rebranding ' dan fokusnya adalah kepada murid-murid yang tidak berminat kepada sukan. Ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mencungkil bakat-bakat terpendam.

Selain itu ia juga adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid pendidikan khas untuk bersama-sama mengembangkan bakat dalam sukan. Kan ada sekarang sukan pra olimpik...

Sekian

Dasar Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Salam 1 Malaysia.

Pasti semua guru-guru dan pihak pentadbiran tahu akan sistem pendidikan terbaru dinegara kita iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Disini saya sertakan risalah berkenaan dengan KSSR semasa saya menghadiri Program Bersama KPM 2011 peringkat Negeri Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dihadiri oleh pihak pentadbiran dan PIBG.

Klik disini


p/s: Harap maaf. Kualiti kurang memuaskan. Terdapat muka surat yang tidak lengkap sepenuhnya.

Thursday, October 20, 2011

Sedia Bantu Khidmat Pelanggan KPM




Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) merupakan Pusat Sehenti ( One Stop Centre) yang lebih sistematik dan bersepadu bagi mengendalikan pertanyaan, maklum balas dan menerima cadangan melalui telefon, emel dan laman web.

Waktu operasi : Isnin - Jumaat
Masa : 8.00 pg - 5.30 ptg
No. telefon : 03-77237070
Laman sesawang : www.moe.gov.my (e-ADUAN)



sumber: Program bersama KPM

Monday, October 17, 2011

PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM LINUS

Salam semua. Disini saya ingin berkongsi bahan yang diterima dari cikgu  Ratu Syahadah dan cikgu Ery Ezry dalam page Guru Pemulihan Khas Malaysia. 

Ia adalah pelan tindakan pelaksanaan program LINUS dan amat sesuai di praktikkan dalam kelas kita. Jadi kita dapat merancang P&P kita lebih-lebih lagi 2012 dah nak hampir. Betul tak?

Ini adalah bahan-bahan tersebut yang boleh diambil :

credit to cikgu Ratu Syahadah


credit to cikgu Ery Ezry

Saturday, October 15, 2011

Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran

Disini saya kongsikan bahan pertama saya untuk guru-guru yang memerlukkannya.Harapan agar kita sama-sama dapat membantu mengesan kelebihan murid tersebut dari awal. SILA KLIK PADA CAPTION DIBAWAH

Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah