my nuffnang

Singgah sebentar

Wednesday, August 26, 2015

Program LINEX 2.0 Kuala Kangsar.

Sekarang sedang menghadiri Bengkel LINEX 2.0 di SK Chenein Kuala Kangsar. Pertama kali menghadiri diri ke SK Chenein. Memang terbaik!
Program ini dijalankan bagi memastikan murid- murid outreach dapat menguasai LINUS.

Tuesday, April 14, 2015

Skop pendidikan dengan skop kesihatan

Baru- baru ini kami telah pergi ke program outreach bersama doktor PAKAR . Memang terkejut dan terkilan kerana ujian kesihatan hanya untuk kiraan 1 - 10 dan huruf asas serta suku kata kv dan ayat mudah.
Untuk tahun 3 diberi soalan tahun 1. Memang murid akan melepasinya walhal tahun 3 sepatutnya dah membilang hingga 1000.
Jadi bagaimana nak mencapai kemahiran LINUS jika murid lambat mencapai tahap kemahirannya.
Harap PAKAR dapat mencari jawapannya.

Wednesday, April 8, 2015

Program outreach Daerah Kuala Kangsar

Pada hari ini, sekolah saya telah membawa 2 orang murid untuk disaring sama ada mempunyai masalah kesihatan atau tidak. Keputusannya murid saya tisak mempunyai masalah kesihatan. Namun rasa terkilan dan sedih sebab doktor yang memeriksa ( tidak semua) dan pegawai dari KPM hanya menguji masalah yang paling asas iaitu 1 - 10 , a-  z dan suku kata kv serta perkataan kvkvk. Itu pun diajar dahulu beberapa kali.
Jika begitu cara pemeriksaan, memang akan lepas dan bila diminta saring LINUS,  guru di minta tidak membimbing. Apa- apa pun tugas dan amanah harus dijalankan. Semoga dipermudahkan murid- murid menguasai LINUS.

Wednesday, February 25, 2015

Murid pemulihan tahun 4

Ni la murid2 tahun 4 saya... dua orang ada potensi untuk pemeriksaan kesihatan. Harapan tahun ini dapat mengurangkan murid2 3M

Tuesday, February 3, 2015

JJCM : Selera d Kebayan

Hari ini tinggal berdua ngan chiq dina je. Anak2 g balik umah opah . Jadi plan nk mkn nasi ayam taugeh kt selera d kebayan.
Kedai ini de sebelah Caltex Chemor. Jalan besar tau. Ini kali pertama pergi. Ingatkan menunya nasi ayam, tetapi rupa rupanya ada menu masakan kampung.  Patut ramai datang.
Jadi sebab dah plan nk makan nas ayam, order je nasi ayam dulu. Yang sedih nama nasi ayam taugeh, tapi tak jumpa pun taugeh. 
Harga ok la.. rasa nasi ayam pun ok je.. lauk pauk tak try lagi.

Saya bagi 3 / 5

Friday, January 9, 2015

Minggu pembelajaran 2015

Dariku untukmu...
Dairi mingguan lesson note

Minggu 1   = 12/01/15 - 16/01/15
Minggu 2   = 19/01/15 - 23/01/15
Minggu 3   = 26/01/15 - 30/01/15
Minggu 4   = 02/02/15 - 07/02/15
Minggu 5   = 09/02/15 - 13/02/15
Minggu 6   = 16/02/15 - 20/02/15
Minggu 7   = 23/02/15 - 27/02/15
Minggu 8   = 02/03/15 - 06/03/15
Minggu 9   = 09/03/15 - 13/03/15

Cuti pertengahan penggal pertama
14/3/15 - 22/3/15 (9 hari )

Minggu 10 = 23/03/15 - 27/03/15
Minggu 11 = 30/03/15 - 03/04/15
Minggu 12 = 06/04/15 - 10/04/15
Minggu 13 = 13/04/15 - 17/04/15
Minggu 14 = 20/04/15 - 24/04/15
Minggu 15 = 27/04/15 - 01/05/15
Minggu 16 = 04/05/15 - 08/05/15
Minggu 17 = 11/05/15 - 15/05/15
Minggu 18 = 18/05/15 - 22/05/15
Minggu 19 = 25/05/15 - 29/05/15

Cuti pertengahan tahun
30/5/15 - 14/6/15 (16 hari)

Minggu 20 = 15/06/15 - 19/06/15
Minggu 21 = 22/06/15 - 26/06/15
Minggu 22 = 29/06/15 - 03/07/15
Minggu 23 = 06/07/15 - 10/07/15
Minggu 24 = 13/07/15 - 17/07/15
Minggu 25 = 20/07/15 - 24/07/15
Minggu 26 = 27/07/15 - 31/07/15
Minggu 27 = 03/08/15 - 07/08/15
Minggu 28 = 10/08/15 - 14/08/15
Minggu 29 = 17/08/15 - 21/08/15
Minggu 30 = 24/08/15 - 28/08/15
Minggu 31 = 31/08/15 - 04/09/15
Minggu 32 = 07/09/15 - 11/09/15
Minggu 33 = 14/09/15 - 18/09/15

Cuti pertengahan penggal kedua 19/9/15 - 27/9/1
(9 hari )

Minggu 34 = 28/09/15 - 02/10/15
Minggu 35 = 05/10/15 - 09/10/15
Minggu 36 = 12/10/15 - 16/10/15
Minggu 37 = 19/10/15 - 23/10/15
Minggu 38 = 26/10/15 - 30/10/15
Minggu 39 = 02/11/15 - 06/11/15
Minggu 40 = 09/11/15 - 13/11/15
Minggu 41 = 16/11/15 - 20/11/15

Cuti akhir thn = 21/11/15 - 3/1/2016

Semoga dpt melancarkan lg tugas sahabat semua....

Tips jimat cuti 2015

Bagaimana menjimatkan cuti tahunan untuk pergi bercuti sekerap mungkin ?

Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. Berikut adalah senarai slot masa terbaik untuk keluar pejabat.

Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.

Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina.

Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh.

Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.

Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka.

Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia.

Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji.

Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.

Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.

Slot #10 : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas.

Jimat cuti tahunan. Tidak perlu mengadap boss monyok yang keberatan luluskan cuti. Babai boss!

Nota : Slot diatas tidak mengikut cuti negeri. Sesuai juga aktiviti bersama keluarga, kenduri kendara dan perkahwinan