my nuffnang

Singgah sebentar

Monday, April 22, 2013

Modul Protim Edisi terkini

Bersama-sama ini saya kongsikan bahan yang saya terima dari PPD Kuala Kangsar iaitu Modul Protim bagi Matematik. Bahan ini ada pelbagai soalan latih tubi yang sesuai untuk murid tahap 2.

MODUL PROTIM

Wednesday, April 10, 2013

Entri pertama SK Kg. Muhibbah

Salam pembaca...salam 1 Malaysia Salam Amanjaya. Aaahhhh mentang-mentang dok Perak, teman kena ucapkan Salam Amanjaya.... Hahahaha teman dah tak de nak sembang ko aku.... Teman sembang ngan mike je...hehehe

Hari ini nak cerita pasal murid Kelas Jaya. Sepatutnya cerita mengenai hari pertama sekolah disini namun dah sebulan baru nak buat entri. Cerita hari pertama pun dah basi.

Disini tak sama cara pentadbiran di Selangor. Maklumlah , Perak menuju kecemerlangan. Jadi usaha pun kena berlipat kali ganda la. Tiap tiap hari balik lewat. Dah macam kerja waktu pejabat.

Disini saya letakkan gambar aktiviti yang sempat saya rakamkan bagi murid saya. Jom lihat.









Monday, April 1, 2013

Malas nak buat itu ini

Rasa semenjak pindah ke Perak, saya dapat rasakan satu perasaan iaitu MALAS telah berada dalam jiwa saya. Bukan malas buat kerja tetapi malas nak mengemaskini blog saya.

Jika ikutkan pelbagai cerita yang berlaku dalam tempoh sebulan saya pindah. Hari ini pun ada juga cerita. Tapi malas punya pasal, saya jadi malas. Haaaaaaa......