Kaedah Multisensori, Philomena Ott (1997)
Murid melihat perkataan menggunakan mata.
Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut.
Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut.
Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.
Aktiviti ini perlu diulang sehingga menjadi tabiat.
Kaedah Multisensori Fernald, Coterall (1970)
Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai.
Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang sebutan guru.
Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru.
Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil menyebut perkataan tersebut dengan kuat.
Murid melipat kertas tersebut.
Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori.
Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang ditulis.
Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat.
No comments:
Post a Comment