Singgah sebentar
Thursday, December 26, 2013
Simpanan asas KWSP
Monday, December 23, 2013
Mesyuarat Kurikulum Pertama 2014
Salam. Lama tak update blog ini. Kali ini saja nak kongsi suasana mesyuarat kurikulum kali pertama 2014.
Bayak info dan maklumat yang dikemaskini. Ini sebagai ingatan pada guru guru juga. Kebanyakan sekolah akan bermesyuarat pada minggu ini
Monday, November 25, 2013
Semakan Pertukaran Guru Januari 2014
Tuesday, November 19, 2013
PBS akan diteruskan dengan penambahbaikan
Kementerian gesa henti polemik dasar PBS
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata walaupun wujud kelemahan terutama berkaitan sistem serta penyimpanan data, ia dapat menilai pelajar dari segi kokurikulum, rohani, peperiksaan dan aspek lain seperti dimahukan pelbagai pihak selepas sistem sebelum ini hanya menilai dari sudut peperiksaan.
"Kementerian akan melakukan tiga penambah-baikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu”
- Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II
Penambahbaikan
“Sehubungan itu, kita akan teruskan dasar ini dan membuat pelbagai penambahbaikan yang akan memudahkan tugas guru dalam mengisi segala maklumat serta markah pelajar,” katanya pada sidang media selepas menutup Program Kem Perpaduan 1Malaysia peringkat kebangsaan di Kampung Rampayan, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip.
Pelaksanaan PBS ketika ini mendapat pelbagai reaksi, terutama daripada kesatuan guru yang mahu ia dikaji semula serta dimansuhkan kerana didakwa menyukarkan serta membebankan guru.
Mengulas lanjut, Idris berkata, kementerian akan melakukan tiga penambahbaikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu, termasuk menginterasikan modul kepada satu modul tunggal.
“Kita juga akan memperkenalkan ‘cache’ yang akan melindungi rekod dibuat guru, sekiranya berlaku masalah seperti gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan semua data dikumpulkan hilang begitu saja.
“Kementerian juga akan meningkatkan server dan jalur lebar bagi menambah akses kepada guru yang mahu memasukkan data seperti markah murid, ini semua bagi melancarkan pelaksanaan PBS,” katanya.
Sementara itu, Idris berkata, penganjuran Program Kem Perpaduan 1Malaysia akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
“Sekarang ia hanya dibuat di peringkat kebangsaan saja dan selepas ini akan dikembangkan ke peringkat negeri serta daerah,” katanya.
Sumber: Berita Harian (19 November 2013)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KementeriangesahentipolemikdasarPBS/Article
Thursday, November 7, 2013
Sambutan Majlis Anugerah dan Graduasi
Salam
Semalam telah diadakan satu Majlis Anugerah dan Graduasi bagi murid SK Kampung Muhibbah bagi meraikan murid-murid yang telah berjaya dalam akademik dan Kokurikulum serta murid tahun 6.
Semoga murid-murid SKKM akan terus berusaha pada masa akan datang.
Thursday, September 26, 2013
Perkhemahan Badan Beruniform 2013
Salam. Hari ini saya rasa penat sangat. Esok dah mula perkhemahan badan beruniform SKKM. Sebagai Kem Kom , menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan perjalanan perkhemahan ini berjaya.
Hari inj sibuk cari kayu api ,gajet, memeriksa khemah dan membuat percubaan ikhtiar hidup.
Wednesday, September 18, 2013
Friday, August 30, 2013
Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya SKKM
Pada hari Jumaat yang lepas SK Kampung Muhibbah mengadakan sambutan Ambang Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya. Memang meriah lauk lauk dan hidangan yang disediakan untuk guru. Harap lepas ini akan diadakan juga makanan untuk murid yag istimewa...
Thursday, August 15, 2013
Sunday, August 11, 2013
TAWARAN MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN PROGRAM INTERVENSI TAMBAHOPSYEN(PITO) AMBILAN 2013
Thursday, August 1, 2013
Persiapan pertandingan robotik
Sekarang cikgu Rokani sedang menyiapkan program bagi pertandingan robotik yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Tuesday, July 30, 2013
Jumpa doktor pakar kesihatan LINUS
Salam.
Hari ini saya membawa Mohamad Firdaus ke Klinik Kesihatan Padang Rengas untuk bertemu dengan Doktor Pakar Pn. Norhayati. Terima kasih doktor kerana sudi meluangkan masa dan banyak yang saya pelajari dari doktor berkenaan dengan murid yang mempunyai ciri ciri berkeperluan khas
Thursday, July 4, 2013
Wednesday, July 3, 2013
Raptai Sukan 2013
Minggu ini penuh dengan aktiviti dan persiapan guru- guru dan murid- murid bagi Kejohanan Balapan dan Padang 2013 di SK Kg. Muhibbah Sungai Siput. Kejohanan tersebut akan diadakan pada hari Khamis jam 7.40 pagi. Sebelum itu, raptai bagi kejohanan telah diadakan pada sebelah pagi hari Selasa dan Rabu.
Monday, June 24, 2013
Lagu Tradisional Kanak-Kanak
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan bahan-bahan tersebut dan ia boleh dimuat turun di laman BTP-Audio (sistem pengurusan pembelajaran)
Wednesday, May 15, 2013
Hari Guru 2013
Saturday, May 11, 2013
Kem ibadah di Infoternak Sungai Siput
Hari ini program Kem Ibadah anjuran Panitia Pendidikan Islam dijalankan di Infoternak Sungai Siput Perak. Ianya bermula jam 3 ptg sehingga 10 pagi Sabtu.
Antara acara yang dijalankan adalah ice breaking, riadah, tazkirah, LDK dan Qiamullail. Jkm lihat aktiviti yang sempat saya rakamkan
Monday, April 22, 2013
Modul Protim Edisi terkini
MODUL PROTIM |
Wednesday, April 17, 2013
Wordless wednesday| Groupon Malaysia
Wednesday, April 10, 2013
Entri pertama SK Kg. Muhibbah
Hari ini nak cerita pasal murid Kelas Jaya. Sepatutnya cerita mengenai hari pertama sekolah disini namun dah sebulan baru nak buat entri. Cerita hari pertama pun dah basi.
Disini tak sama cara pentadbiran di Selangor. Maklumlah , Perak menuju kecemerlangan. Jadi usaha pun kena berlipat kali ganda la. Tiap tiap hari balik lewat. Dah macam kerja waktu pejabat.
Disini saya letakkan gambar aktiviti yang sempat saya rakamkan bagi murid saya. Jom lihat.