Salam satu Malaysia.
Tak tahu nak kata sama ada sedih atau gembira. Namun itulah hakikat bagi "saya yang menurut perintah". Sedih sebab meninggalkan sekolah lama dan tidak dapat tukar ke Perak. Gembira kerana telah kembali ke Sekolah Kebangsaan. Saya telah di 'redeployment' 2 kali sejak 2010. Itulah saya. Tidak pernah berkhidmat lebih dari 3 tahun di satu satu sekolah.hehehehe
Namun cinta pada SJKC tidak pernah pudar. Seronok mengajar SJKC tidak seperti SK. Penat, idea, marah, garang dan gurau senda bersama sama murid cina pasti tidak dilupakan.
Harap tahun 2013 saya akan membuat lebih baik dari sebelum ini. InsyaAllah.. niat kerja kerana Allah s.w.t Amin
No comments:
Post a Comment