my nuffnang

Singgah sebentar

Friday, September 14, 2012

Kursus 1 Murid 1 Sukan

Baru baru ini saya menghadiri taklimat 1 murid 1 sukan. Ia adalah dasar lama yang telah ditambah baik. Matlamat utamanya adalah membangunkan modal insan pada setiap murid dan memupuk budaya sihat dan bersukan. Fokus utama adalah menarik minat murid yang tidak aktif untuk bersukan. Bukti untuk murid adalah sijil penyertaan.

1M1S adalah dipantau oleh pihak kementerian dan dilaksanakan di peringkat ppd dan sekolah. Surat pekeliling juga telah dimaklumkan dan pihak sekolah diminta melengkapkan fail sekolah masing masing.

Jadi secara ringkas:

  1. setiap guru perlu memastikan murid melakukan aktiviti memanaskan badan dalam kiraan lapan dan cooling down dalam kiraan 4.
  2. Merujuk buku modul 1M1S bagi pengurusan kelab.
  3. Pengurusan sistem pertandingan dari segi sistem pertandingan, format sistem pertandingan dan sistem liga dan sistem kalah mati.
  4. Mengetahui kecederaan dalam sukan.
Bagi sistem liga guru perlu tahu:

  • jumlah pasukan,
  • jumlah hari,
  • kewangan,
  • pegawai
  • teknik pertandingan
  • Juri rayuan dan pegawai tatatertib
  • Formula kiraan bagi liga adalah N(N-1)/2=xx
Cara menentukan pemenang:
  • Mata
  • Beza gol
  • Jaringan
  • Siapa kalahkan siapa
  • Bergantung kepada peraturan permainan.(pilihan)
Sistem kalah mati sila guna formula 2,4,8,16,64Bagi kecederaan dalam sukan guru perlu memastikan murid:

  • Rehat
  • Guna ice pack
  • Ubat
  • Orthotics
  • Tapping
  • Menggalas bahagian dalam kasut
  • Night saling
  • Physical therapy
  • Surgery
Kaedah rawatan (RICE):

  • Rest - rehat
  • Ice - letak ais
  • Compression - tekanan
  • Elevation - tinggi
Pencegahan dari kecederaan:
  • Memanaskan badan
  • Kasut yang sesuai
  • Penambahan aktiviti dan masa beransur ansur
  • Mengekal berat badan yang bersesuaian
  • Cooling down
P/s: jangan urut sehingga 48 jam!

Tuesday, September 4, 2012

Fail meja Pemulihan Khas

Dari mr. Google
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:

1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.
2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.
3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.
4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.
5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.
6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.
7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.
8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.
9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.
10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.
11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.
13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.
14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.

Sila klik dibawah untuk download.


Sumber dari i cikgu | bahan bantu mengajar