Hari ini adalah hari terakhir saya di sekolah di SK Kampong Banting, Sabak Bernam. Serahan tugas baru diberi pada Guru Besar, En. Idris bin Ali. Belum selesai lagi kerja ni. Lepas waktu sekolah perlu jumpa lagi GB. Macam tak cukup masa sahaja.
Sedih , gembira, suka dan duka pun ada. Baru dua bulan disini, banyak kerja yang saya rasa belum buat sehabis baik. Baru sebentar tadi, murid Tahun 2 bagi hadiah. Walaupun bukan guru kelas, tetapi mereka yang terbaik. hehehehe Ucapan mereka, Jasamu dikenang.Terima kasih sebab menjaga kami dengan baik. Saya sayang cikgu Hasmardy. Siap ada love lagi. hehehehe
Jadi saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Guru Besar, GPK, dan guru-guru diatas tunjuk ajar dan sudi menerima saya walaupun cuma dua bulan sahaja. Kepada murid-murid SKKB2013 cikgu ucapkan semoga berjaya di dunia dan mendapat keredhaanNya. Belajar bersungguh-sungguh dan jadilah orang yang berguna dan pemimpin yang disukai oleh Allah . Amin...
Singgah sebentar
Thursday, February 28, 2013
Sunday, February 17, 2013
Pengalaman dua bulan di SK Kampong Banting
Sedar tak sedar dah dua bulan saya berada di SK Kampong Banting. Banyak nak cerita, tapi itulah manusia, suka tangguhkan kerja. Lagi-lagi apabila petang baru balik sekolah. Malam jam 9.30 dah mengantuk. hehehe. Jadi saya rakumkan suasana saya disini dalam bentuk gambar... jom lihat
Subscribe to:
Posts (Atom)