my nuffnang

Singgah sebentar

Sunday, January 6, 2013

Garis panduan Pemulihan Khas 2012

Bersama sama ini saya sertakan Garis Panduan Pemulihan Khas 2012 yang terkini menggantikan Panduan Percubaan Pemulihan Khas 2008.

Klik disini



Saturday, January 5, 2013

Tips anak cemerlang dan mesyuarat Agung PIBG

Hari Sabtu yang lepas, SK Kampung Banting telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG yang ke 39 bagi melantik AJK baru 2013 dan membincangkan yuran yang perlu dibayar bagi 2013.

Dah lama tak pergi mesyuarat PIBG sejak mengajar di SJKC.Hari ini saya dapat mengikuti perkembangan sekolah secara menyeluruh. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman bin Bakri.

Perbincangan adalah mengenai keputusan UPSR dan perkembangan sekolah. alhamdulillah sekolah SK Kg. Banting telah mendapat keputusan yang memberangsangkan iaitu nombor 8 dari 47 buah sekolah.

Lagi satu saya telah dilantik menjadi setiausaha PIBG bagi sesi 2013. Satu tanggungjawab dan amanah yang perlu saya galas dengan penuh dedikasi. InsyaAllah akan saya laksanakannya dengan sebaik mungkin dan mohon guru guru lain membantu saya.

Seronok melihat gelagat pakcik pakcik dan makcik makcik kat sini. Nampak mereka bersemangat dalam membantu sekolah untuk melahirkan insan yang berkualiti. Ada seorang pakcik ini siap menangis kalau sebut nama guru. Ini kerana 8 orang anaknya belajar disini dan semua berjaya memasuki IPT dan mendapat pekerjaan yang baik.

Pakcik ini siap bagi tips lagi pada semua ibu bapa dalam memberi didikan pada anak. 3 tips yang diberi ialah:

1. Bersama sama dengan anak semasa anak mengulangkaji pelajaran. Ini kerana aura ibu bapa ada bersama sama ketika anak belajar.

2. Berdoa ketika anak mengambil peperiksaan. Contoh, jika hari Isnin peperiksaan bermula jam 9.00 pagi, 9 pagi juga ibu bapa berdoa kepada Allah memohon agar anak dapat menjawab peperiksaan tersebut.

3. Membaca doa dan selawat sebelum anak tidur di umbun kepala anak. Jika anak perempuan, bapa yang buat, dan jika anak lelaki, ibu yang perlu buat. Doa agar anak menjadi anak yang soleh dan solehah.

Bagi saya, semua kejayaan anak anak adalah hasil usaha ibu bapa. Ibu bapa perlu mengambil berat tentang pendidikan anak kerana ini adalah pelaburan jangka masa panjang. Tidak perlu kita berkira atau kedekut dalam pendidikan . Terima kasih pakcik, kerana berkongsi tips kepada kami semua.





Tuesday, January 1, 2013

Selamat datang ke sekolah

Hari ini hari pertama persekolahan. Diucapkan selamat kepada semua guru guru dan murid murid. Ceriakan hari pertama sekolah anda dan niatlah kerja kerana Tuhan. Pasti kita akan mendapat petunjuk dan keredhaan dariNya serta dipermudahkan dalam segala urusan....Amin