my nuffnang

Singgah sebentar

Showing posts with label PPD Kuala Kangsar. Show all posts
Showing posts with label PPD Kuala Kangsar. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

Program LINEX 2.0 Kuala Kangsar.

Sekarang sedang menghadiri Bengkel LINEX 2.0 di SK Chenein Kuala Kangsar. Pertama kali menghadiri diri ke SK Chenein. Memang terbaik!
Program ini dijalankan bagi memastikan murid- murid outreach dapat menguasai LINUS.

Tuesday, April 14, 2015

Skop pendidikan dengan skop kesihatan

Baru- baru ini kami telah pergi ke program outreach bersama doktor PAKAR . Memang terkejut dan terkilan kerana ujian kesihatan hanya untuk kiraan 1 - 10 dan huruf asas serta suku kata kv dan ayat mudah.
Untuk tahun 3 diberi soalan tahun 1. Memang murid akan melepasinya walhal tahun 3 sepatutnya dah membilang hingga 1000.
Jadi bagaimana nak mencapai kemahiran LINUS jika murid lambat mencapai tahap kemahirannya.
Harap PAKAR dapat mencari jawapannya.

Wednesday, April 8, 2015

Program outreach Daerah Kuala Kangsar

Pada hari ini, sekolah saya telah membawa 2 orang murid untuk disaring sama ada mempunyai masalah kesihatan atau tidak. Keputusannya murid saya tisak mempunyai masalah kesihatan. Namun rasa terkilan dan sedih sebab doktor yang memeriksa ( tidak semua) dan pegawai dari KPM hanya menguji masalah yang paling asas iaitu 1 - 10 , a-  z dan suku kata kv serta perkataan kvkvk. Itu pun diajar dahulu beberapa kali.
Jika begitu cara pemeriksaan, memang akan lepas dan bila diminta saring LINUS,  guru di minta tidak membimbing. Apa- apa pun tugas dan amanah harus dijalankan. Semoga dipermudahkan murid- murid menguasai LINUS.

Monday, October 6, 2014

Program Sayangi Murid Pemulihan

Pada minggu ini telah diadakan 1 program bagi murid pemulihan khas bagi memastikan pencapaian 100% murid Tahun 3 menguasai LINUS. Alhamdulillah perjalanan kursus seperti yang dirancang.
Disini murid murid diberi latih tubi soalan seperti ujian saringan LINUS. Pada hari Selasa diadakan bagi Literasi dan Khamis bagi Numerasi.

Monday, August 4, 2014

MAKLUMAN PASCAUJIAN PROGRAM PEMULIHAN 3M (ProTiM) TAHUN 4 SESI 2014


Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun bahan-bahan yang berkaitan dengan Pascaujian ProTiM Tahun 4 2014 bagi kemahiran membaca dan menulis (Bahasa Malaysia) dan mengira (Matematik).

2.    Tuan mesti memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

        2.1  MURID YANG DIBENAR UNTUK MENDUDUKI PASCAUJIAN INI HANYA MURID YANG TIDAK MELEPASI  SEMASA PRAUJIAN.

        2.2  SILA PATUHI CARTA ALIR PASCAUJIAN INI TERUTAMA TARIKH PENGHANTARAN DATA KEPADA PPD MASING-MASING.

Sekian.

b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Attachments:
Download this file (carta alir Thn 4 2014.pdf)carta alir Thn 4 2014.pdf[ ]99 Kb
Download this file (PascaProTiM BM 2014.zip)PascaProTiM BM 2014.zip[ ]1688 Kb
Download this file (ProTiM 4 2014 MATH.zip)ProTiM 4 2014 MATH.zip[ ]381 Kb
Download this file (surat program PROTIM Tahun 4  2014.pdf)surat program PROTIM Tahun 4 2014.pdf[ ]3571 Kb


Sumber PPD Kuala Kangsar

Saturday, May 11, 2013

Kem ibadah di Infoternak Sungai Siput

Hari ini program Kem Ibadah anjuran Panitia Pendidikan Islam dijalankan di Infoternak Sungai Siput Perak. Ianya bermula jam 3 ptg sehingga 10 pagi Sabtu.
Antara acara yang dijalankan adalah ice breaking, riadah, tazkirah, LDK dan Qiamullail.  Jkm lihat aktiviti yang sempat saya rakamkan