my nuffnang

Singgah sebentar

Showing posts with label LINUS. Show all posts
Showing posts with label LINUS. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

Program LINEX 2.0 Kuala Kangsar.

Sekarang sedang menghadiri Bengkel LINEX 2.0 di SK Chenein Kuala Kangsar. Pertama kali menghadiri diri ke SK Chenein. Memang terbaik!
Program ini dijalankan bagi memastikan murid- murid outreach dapat menguasai LINUS.

Wednesday, April 8, 2015

Program outreach Daerah Kuala Kangsar

Pada hari ini, sekolah saya telah membawa 2 orang murid untuk disaring sama ada mempunyai masalah kesihatan atau tidak. Keputusannya murid saya tisak mempunyai masalah kesihatan. Namun rasa terkilan dan sedih sebab doktor yang memeriksa ( tidak semua) dan pegawai dari KPM hanya menguji masalah yang paling asas iaitu 1 - 10 , a-  z dan suku kata kv serta perkataan kvkvk. Itu pun diajar dahulu beberapa kali.
Jika begitu cara pemeriksaan, memang akan lepas dan bila diminta saring LINUS,  guru di minta tidak membimbing. Apa- apa pun tugas dan amanah harus dijalankan. Semoga dipermudahkan murid- murid menguasai LINUS.

Thursday, December 11, 2014

Takwim LINUS Tahun 2015


LINUS2.0 Saringan 1
Lisan/Membaca
1Mac hingga 31Mac 2015

Menulis
5 Apr hingga 17Apr 2015

Memasukkan data

20 Apr hingga 30 Apr 2015

Saringan 2
Lisan/Membaca
1Sept hingga 30 Sept 2015

Menulis
1 Okt hingga 16 Okt 2015

Memasukkan data 19 Okt hingga 30 Okt 2015.  

Monday, October 6, 2014

Program Sayangi Murid Pemulihan

Pada minggu ini telah diadakan 1 program bagi murid pemulihan khas bagi memastikan pencapaian 100% murid Tahun 3 menguasai LINUS. Alhamdulillah perjalanan kursus seperti yang dirancang.
Disini murid murid diberi latih tubi soalan seperti ujian saringan LINUS. Pada hari Selasa diadakan bagi Literasi dan Khamis bagi Numerasi.

Tuesday, July 30, 2013

Jumpa doktor pakar kesihatan LINUS

Salam.

Hari ini saya membawa Mohamad Firdaus ke Klinik Kesihatan Padang Rengas untuk bertemu dengan Doktor Pakar Pn. Norhayati. Terima kasih doktor kerana sudi meluangkan masa dan banyak yang saya pelajari dari doktor berkenaan dengan murid yang mempunyai ciri ciri berkeperluan khas

Monday, June 24, 2013

Lagu Tradisional Kanak-Kanak

Salam sahabat, teman , kawan-kawan dan blogger sekalian. Cuaca jerubu yang semakin teruk tidak sepatutnya melemahkan semangat kita untuk mengajar. Kali ini saya ingin berkongsi laman web yang saya jumpa semasa bersusah payah mencari lagu-lagu kanak untuk pengajaran dan pembelajaran. Khas untuk kelas pemulihan.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan bahan-bahan tersebut dan ia boleh dimuat turun di laman BTP-Audio (sistem pengurusan pembelajaran)

Wednesday, April 10, 2013

Entri pertama SK Kg. Muhibbah

Salam pembaca...salam 1 Malaysia Salam Amanjaya. Aaahhhh mentang-mentang dok Perak, teman kena ucapkan Salam Amanjaya.... Hahahaha teman dah tak de nak sembang ko aku.... Teman sembang ngan mike je...hehehe

Hari ini nak cerita pasal murid Kelas Jaya. Sepatutnya cerita mengenai hari pertama sekolah disini namun dah sebulan baru nak buat entri. Cerita hari pertama pun dah basi.

Disini tak sama cara pentadbiran di Selangor. Maklumlah , Perak menuju kecemerlangan. Jadi usaha pun kena berlipat kali ganda la. Tiap tiap hari balik lewat. Dah macam kerja waktu pejabat.

Disini saya letakkan gambar aktiviti yang sempat saya rakamkan bagi murid saya. Jom lihat.









Sunday, January 6, 2013

Garis panduan Pemulihan Khas 2012

Bersama sama ini saya sertakan Garis Panduan Pemulihan Khas 2012 yang terkini menggantikan Panduan Percubaan Pemulihan Khas 2008.

Klik disini



Friday, December 28, 2012

Pertukaran sekolah dari SJKC ke SK

Salam satu Malaysia.

Tak tahu nak kata sama ada sedih atau gembira. Namun itulah hakikat bagi "saya yang menurut perintah". Sedih sebab meninggalkan sekolah lama dan tidak dapat tukar ke Perak. Gembira kerana telah kembali ke Sekolah Kebangsaan. Saya telah di 'redeployment' 2 kali sejak 2010. Itulah saya. Tidak pernah berkhidmat lebih dari 3 tahun di satu satu sekolah.hehehehe

Namun cinta pada SJKC tidak pernah pudar. Seronok mengajar SJKC tidak seperti SK. Penat, idea, marah, garang dan gurau senda bersama sama murid cina pasti tidak dilupakan.

Harap tahun 2013 saya akan membuat lebih baik dari sebelum ini. InsyaAllah.. niat kerja kerana Allah s.w.t Amin

Wednesday, October 31, 2012

Kem Literasi dan Numerasi Sabak Bernam

Kem Literasi dan Numerasi telah diadakan di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam pada 30 dan 31 Oktober 2012. Sasaran adalah murid tahun 2 yang masih berada dalam LINUS. Seramai 5 orang murid dari 2K terlibat. Semoga dengan ada program seperti ini dapat menarik minat murid dalam Bahasa Melayu.

 

Sunday, October 7, 2012

Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun 2012

Saya ingin mengucapkan

" SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 "

Yang akan bermula pada 15 Oktober 2012

Semoga tenang dan bertawakal pada Allah s.w.t agar dipermudahkan menjawab soalan dengan apa yang telah dipelajari dan yang telah diusahakan.

INGAT!!



Kejayaan tidak datang bergolek ...

 

Tuesday, September 4, 2012

Fail meja Pemulihan Khas

Dari mr. Google
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:

1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.
2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.
3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.
4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.
5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.
6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.
7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.
8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.
9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.
10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.
11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.
13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.
14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.

Sila klik dibawah untuk download.


Sumber dari i cikgu | bahan bantu mengajar



Thursday, August 23, 2012

Cara mudah cetak bahan pengajaran dalam bentuk format buku

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada i cikgu | bahan bantu mengajar kerana memberi tutorial ini kepada saya. Jadi disini saya ingin berkongsi dengan anda teknik untuk mencetak bahan pengajaran dari Microsoft Word dalam bentuk buku. Langkah-langkah adalah seperti berikut:

BUKU


1.

Click File, then Print and at the bottom of the list Click Page Setup.


2.
In the Page Setup window, Click the Margins tab. Then under Multiple pages Select Book fold from the drop menu. Under Sheets either Select All or the exact amount of pages you plan on having. Be sure to set the gutter to Set the Gutter to a small margin. The gutter determines the space between your page content and the fold in the middle of the paper where you would normally bind pages together.



3.
Create your booklet content, keep in mind that content is going to be printed differently than a normal document. Page 1 and 4 will be printed on the same side, as Page 2 and 3 will be on the opposite side. Each page size will be shrunk to the size of half of normal page in landscape mode. The image below should help illustrate.


4.
When you are ready to print Click File then Print and change the printing preference to the correct setting for your printer. If your printer can automatically re-feed itself printed documents then use one of the Print on Both Sides settings, but if your printer requires you to manually re-insert your paper Select Manually Print on Both Sides.
Now you can continue adding pages and design your booklet to be as large as you like! Don’t forget that the larger you make your booklet the larger you’ll need to make the Gutter so page content doesn’t get lost in the cracks when you bind them together.



Kelebihan yang dinyatakan adalah menjimatkan dakwat. kalau tak faham gak klik ke sini

Thursday, May 24, 2012

Keluarga huruf

Salam semua. Bagaimana kelas LINUS Tegar anda? Saya pun pening apabila mendapati masih ada murid yang tak boleh ingat bentuk huruf. Masa membimbing kuat sahaja bacaan tapi apabila suruh sebut huruf secara individu .. diam.... ehmm sah tak reti lagi

Jadi apa lagi minta bantuan dari kawan-kawan FB dan akhirnya dapat satu kaedah 'KELUARGA HURUF' dari cikgu Sha Sal. Terima kasih cikgu... semoga amal jariah ini dipanjangkan lagi keseluruh dunia :) Amin


klik diatas untuk download

Saturday, March 3, 2012

32 kemahiran Pemulihan Tegar

Sukacita saya ingin berkongsi bahan dengan guru-guru dan ibu bapa yang saya ambil dari rakan FB. Klik pada caption dibawah

32 kemahiran LINUS tegar

Wednesday, January 25, 2012

Kongsi label dan BBM kad

Salam  dan Selamat sejahtera kepada semua sahabat seperjuangan. Ini lagi satu maklumat yang saya perolehi dari rakan FB iaitu satu web untuk  membina kad perkataan atau label bahan bantu mengajar. Ia telah siap dalam bentuk publisher dan juga microsoft words..