my nuffnang

Singgah sebentar

Friday, December 28, 2012

Pertukaran sekolah dari SJKC ke SK

Salam satu Malaysia.

Tak tahu nak kata sama ada sedih atau gembira. Namun itulah hakikat bagi "saya yang menurut perintah". Sedih sebab meninggalkan sekolah lama dan tidak dapat tukar ke Perak. Gembira kerana telah kembali ke Sekolah Kebangsaan. Saya telah di 'redeployment' 2 kali sejak 2010. Itulah saya. Tidak pernah berkhidmat lebih dari 3 tahun di satu satu sekolah.hehehehe

Namun cinta pada SJKC tidak pernah pudar. Seronok mengajar SJKC tidak seperti SK. Penat, idea, marah, garang dan gurau senda bersama sama murid cina pasti tidak dilupakan.

Harap tahun 2013 saya akan membuat lebih baik dari sebelum ini. InsyaAllah.. niat kerja kerana Allah s.w.t Amin

Monday, November 26, 2012

Selamat bercuti dan Salam Maal Hijrah 1434

Dah lama tak kemaskini blog ini

Saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti

Dapat meluangkan masa bersama keluarga

Dan jangan lupa untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan sempurna

Semoga tahun hadapan akan lebih cemerlang...

Wednesday, October 31, 2012

Kem Literasi dan Numerasi Sabak Bernam

Kem Literasi dan Numerasi telah diadakan di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam pada 30 dan 31 Oktober 2012. Sasaran adalah murid tahun 2 yang masih berada dalam LINUS. Seramai 5 orang murid dari 2K terlibat. Semoga dengan ada program seperti ini dapat menarik minat murid dalam Bahasa Melayu.