my nuffnang

Singgah sebentar

Friday, August 22, 2014

Kaedah Multisensori

Kaedah Multisensori, Philomena Ott (1997)
Murid melihat perkataan menggunakan mata.
Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut.
Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut.
Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.
Aktiviti ini perlu diulang sehingga menjadi tabiat.

Kaedah Multisensori Fernald, Coterall (1970)
Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai.
Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang sebutan guru.
Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru.
Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil menyebut perkataan tersebut dengan kuat.
Murid melipat kertas tersebut.
Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori.
Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang ditulis.
Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat.

Monday, August 11, 2014

Semakan permohonan ke IPTA bagi lepasan STPM

Status permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari esok.

Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan, menyatakan status boleh disemak melalui talian Hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766, laman web http://upu.moe.gov.my; https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my ataupun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan dihantar ke 15888

Sumber BH

Monday, August 4, 2014