my nuffnang

Singgah sebentar

Monday, February 3, 2014

Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014

 Pengenalan 
  • Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi
  • Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
  • PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional
  • Penglibatan PPP secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21

Matlamat dan Objektif:-

  • Membolehkan PPP membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan

Kumpulan Sasaran :-

Kursus adalah ditawarkan kepada kumpulan sasaran berikut:

BilKod KumpulanKumpulan GuruGredTahun Lantikan Gred SemasaBuka Permohonan
(Permohonan Online)
Bulan PelaksanaanCatatan
141SR0910Guru Akademik Sekolah RendahPPS DG412009, 2010JanuariMac - Oktober 
241SM091011Guru Akademik Sekolah Menengah

PPS DG41

2009, 2010 dan 2011JanuariMac - Oktober 
341SGBK091011Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa SR dan SMPPS DG412009, 2010 dan 2011JanuariMac - Oktober 
441SRXPPLD10Guru Akademik Sekolah Rendah (X-PPLD)PPS DG412010JanuariMac - Oktober 
541JS091011Guru Jurulatih Sukan dan Jurulatih SeniPPS DG412009, 2010 dan 2011JanuariMac - OktoberKhas Sekolah Sukan dan Sekolah Seni
644SR1112Guru Akademik Sekolah RendahPPS DG442011 dan 2012MeiJun- Oktober 
744SM1112Guru Akademik Sekolah MenengahPPS DG442011 dan 2012MeiJun - Oktober 

Kursus ini juga hanya ditawarkan kepada kumpulan Guru Akademik/ Guru Kaunseling/ Jurulatih Sukan dan Seni sahaja. 

Bagi kumpulan pengurusan (Pegawai di PPD/ JPN/ Guru Besar) adalah tidak termasuk dalam kumpulan ini.

 

TATACARA PERMOHONAN
  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline

  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014. 

  3. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014 melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod. 

  4. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.

  5. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.

  6. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.

  7. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.
    SILA KLIK DISINI                   http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline/

Thursday, January 30, 2014

Semakan status ujian kompetensi ICT

Salam pada semua guru guru Malaysia. Pasti anda ingat yang kita pernah menjawab soalan ICT pada tahun lepas. Soalan lebih kurang 60 dan diberi masa selama 30 minit. Saya ingat sebab saya menjawab dalam kereta. Alhamdulillah ... Lulus. 

Jika anda nak tahu keputusan anda sila klik ke link ini. http://apps.moe.gov.my/abpg/kompetensiict/

Thursday, December 26, 2013

Simpanan asas KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas, yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun, berkuat kuasa bulan depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam, yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun.

Beliau berkata, ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.

"Dengan mengambil kira faktor kos hidup yang semakin meningkat, jangka hayat rakyat Malaysia yang panjang serta kadar inflasi, KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Affendi berkata Simpanan Asas semasa ialah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan.

Selain itu, katanya, statistik KWSP menunjukkan 71 peratus ahli bersara pada umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.

Nik Affendi berkata, kadar yang disemak semula ini memerlukan ahli mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP bagi membolehkan mereka layak menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP di mana simpanan mereka boleh dilaburkan dalam unit amanah.

"Ini untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang mencukupi dalam akaun KWSP apabila mereka bersara bagi membiayai keperluan asas persaraan sebelum boleh memilih untuk melabur dalam pelaburan lain," katanya.

Beliau berkata, antara inisiatif yang diperkenal KWSP untuk mempertingkat simpanan persaraan ahli ialah kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus untuk pekerja yang bergaji RM5,000 dan ke bawah.

"Selain itu, kadar caruman penuh KWSP untuk pekerja sehingga umur 60 tahun dan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun yang membenarkan ahli untuk memanjangkan simpanan KWSP mereka bagi tempoh yang lama," katanya.

Bagi membantu ahli merancang persaraan mereka, Nik Affendi berkata KWSP akan memperkenal perkhidmatan penasihat kewangan kepada ahli mulai tahun depan dengan projek perintis di Lembah Klang sebelum diperluas ke seluruh negara dalam tempoh tiga tahun. - Bernama