Singgah sebentar
Wednesday, November 9, 2011
KEPUTUSAN UPSR 2011
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
9 November 2011
http://www.moe.gov.my
Monday, October 31, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Dasar Pelaksanaan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sebagai maklumat tambahan saya sertakan risalah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional memandangkan ia berkait rapat dengan kita.
Sebagai makluman Standard Kurikulum Sekolah Menengah akan dilaksanakan pada 2014. Pendidikan Asas Vokasional pula dilaksanakan pada 2012 dan ini menggantikan Kemahiran Hidup Bersepadu.
Disini saya juga mendapat maklumat bahawa akan diwujudkan Kolej Vokasional pada 2012 sebanyak 15 buah. Bagi murid yang lemah dalam akademik, ini adalah pilihan terbaik untuk mereka menjadi pekerja mahir pada masa akan datang..

![]() |
| KLIK DISINI |
Subscribe to:
Posts (Atom)