my nuffnang

Singgah sebentar

Tuesday, April 15, 2014

Program PROTIM Tahun 4 2014 bagi negeri Perak

PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN 3M (PROTIM) TAHUN 4 SESI 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pemulihan 3M (ProTiM) merupakan program yang dirancang bagi menangani masalah membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid sekolah rendah pada Tahap II. Dalam program ini, Ujian PraProTiM akan dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan 3M murid.

2.   Seiring dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), sedikit penambahbaikan telah dibuat terhadap ProTiM. Bagi tahun 2014, Ujian PraProTiM akan dijalankan bagi murid Tahun 4 sahaja yang telah dikenal pasti oleh guru mengikut kriteria yang ditetapkan. Murid-murid yang telah melepasi Saringan 2 (LINUS) juga boleh diuji dalam Ujian PraProTiM ini. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 10 minggu, sebelum diuji semula dalam Ujian PascaProTiM.
3.   Pelaksanaan Ujian PraProTiM Tahun 4:
      Tarikh Ujian PraProTiM - 13 hingga 18 April 2014                                                                            Tarikh sekolah menghantar laporan ke PPD - 20 hingga 25 April 2014
4.   Bahan berkaitan dengan arahan pelaksanaan dan tarikh penting ujian tersebut boleh dimuat turun di bahagian ini. Protim BM.  Protim Matematik 
5.   Mohon kerjasama semua pihak agar dapat mematuhi panduan dan tarikh-tarikh penting pelaksanaan program tersebut.
Sekian, dimaklumkan. 
b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Kenangan lama di SK Banting, Sabak Bernam


Salam blogger semua. Ini gambar murid murid saya di SK Banting, Sabak Bernam. Sedang membelek gambar gambar ternampak 3 orang murid ini. 2 bulan sahaja dapat bersama mereka selepas itu saya dapat tukar ke Perak. Walaupun dua bulan , mereka ini bersemangat nak belajar. Nanti kalau korang jumpa blog cikgu jangan lupa add ek. Semoga menjadi anak dan murid yang soleh dan berjaya. Amin




Wednesday, March 19, 2014

Semak keputusan SPM 2013 secara SMS

Sekarang amat mudah calon- calon menyemak keputusan SPM . Ia boleh dilakukan secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

  • Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 pm, 26 Mac 2014.

Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna anda gagal selama lamanya. Ibu bapa pula jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Percayalah rezeki datang dari Allah s.w.t